Bengkel Roti dan Deko Kek
12 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2018 yang lalu, pihak Delicious Zaida telah mengadakan Bengkel Roti dan Deko Kek di Pusat Internet RPR Sibujaya. Program ini berlangsung dari jam 9:00 Pagi sehingga jam 4:00 petang di bilik latihan Pusat Internet RPR Sibujaya.
Program ini disertai oleh 14 orang belia yang dikendalikan oleh pihak Zaida dan PI RPR Sibujaya. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi ilmu kepada belia mengenai pembuatan roti dan dekorasi kek untuk kegunaan sendiri mahupun untuk peserta memulakan perniagaan sendiri di samping meningkatkan bilangan usahawan tempatan. Dalam program ini juga, para peserta diberi penerangan dan tayangan video KDB.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: